Tuesday, August 25, 2009

Takut???

Ditulis oleh faah

Ini adalah hasil perbincangan yang sempat saya salin bersama dengan seorang yang disegani. Takut? Perkataan yang biasa keluar daripada mulut dan ada yang mengatakan 'Takut hanya pada Allah'. Mulut senang berbicara, hakikatnya bagaimana???

Masalah ini kadang-kadang mampu mengganggu kita untuk bangun mengadap Allah Taala di tengah malam dan sebagainya. Alangkah anehnya apabila hendak pergi membuang air dek tidak tahan kita mampu ke tandas seorang diri tapi untuk bersama dengan Allah bagaimana??

Ini sedikit sebanyak tips untuk menjadi berani.

Masa itu terbahagi kepada 2 sama ada pagi dan petang, subuh dan maghrib, & maghrib dan subuh. Ambillah mana yang dirasakan diri lebih selesa.

1. Baca Mathurat paling kurang 2 kali sehari, sekiranya rajin amalkanlah mathurat kubra samaada ketika hadas niatlah untuk berikir. Jangan gaduh-gaduh, amal mulakan dengan yang sedikit kerana amalan yang sedikit itu tetapi istiqamah lebih disukai oleh Allah daripada banyak amalnya tetapi tidak istiqamah.
Seperti yang kita ketahui mathurat adalah himpunan doa yang biasa dibaca oleh Rasulullah. Bacalah 3 kali dicertain tempat.

2. Amalkan 3 kul sebanyak 3 kali siang dan 3 kali malam.

3. Sebelum tidur pula amalkan bacaan ayat ...إن في خلق السموات sampai akhir ayat. Kalau tidak silap saya ayat ini berada di ms 25 dan paling atas sekali dalam resm Uthmani sekiranya salah harap diperbetulkan malam2 ni malas sedikit nak rujuk Quran semula.


4. Baca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap pagi. Jadi, bangun pagi biarlah awal, pintu rezeki dibuka pagi-pagi ini.


Amalkan dengan mengikut turutan dan buatlah satu persatu. Mulakan sedikit demi sedikit. Sekiranya kita amalkan tips ini pastikan kita beramal dengannya.Jangan pula sudah beramal tapi masih takut untuk bangun, kenalah usaha untuk bangun pula.

Waallhu'alam...sekadar berkongsi

0 ulasan:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons